Friday, June 19, 2009

tazkirah jumaat - hidup kte cume didlm 3 hari


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita
lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik.
Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma
dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua
kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh
bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga....

{proud to be in Islam n love to be Muslim}

Sumber :- Rijal udin