Friday, July 02, 2010

Sedetik 30hb June 2010

Salam

Terima kasih atas semua ucapan takziah..

Impak neh byk mengejutkan buat aku n family aku
dan pemergiannya jua atas kehendak Allah s.w.t

ketika nie juga wajah arwah Babah terus terbayang di ruangan mataku
Syukur kerana aku berpeluang bertemu dengannya setiap hari semasa arwah Babah masih idup
masih kuat lagi badan Babah walaupun sudah agak uzur
masih petah bercakap dan bermesra dengan anak cucu seperti biasa


Ya.. pemergian yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
Setiap manusia akan kembali bertemu denganNya
Hanya masa dan ketika sahaja kita tidak tahu..

aku Redha n aku tabah, walupun aku byk gak terigt
kenangan aku bersama Babah ketika kecil
Babah lah yang menjaga aku ketika kecil sblm diambil balik oleh ayah n mak aku
time tue aku sudah pon pandai berjln
Babah lah anto aku ke ke skolah rendah ketika itu aku belum cukup mahir berbasikal
Babah lah workshop basikal aku ketika aku suda memiliki trnsport pertama aku
byk lg kenangan n aku tidak mampu menghurai kn lg kerana aku teramat sedih skli

akan aku igt kenangan tue smpe bila2
aku x mampu nk huraikan smue detik pagi 30hb tue
Cuma aku happy aku wat semua skli utk Arwah babah sblm dan slps dikebumi
Arwah Babah muka nya putih sng dimandikn, dikapan kn dn diturun kn ke liang lahat,
angin sepoi2 bahasa tidak pon panas same skali turut kuar 1 mata air kecil slps di upacara talkin

Semoga roh arwah BABAH Ahmad Rifin.. dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman..

Semoga Allah menjagamu hingga akhir dunia.
Perpisahan denganku itu pasti
dan tempat tinggalku
adalah lubang yang paling sempit
Allah akan memberikan ganjaran kepadamu
sebaik yang kau inginkan
Dia telah memberikan yang terbaik untukmu
sejak kau masih kecil

Sesungguhnya ubat yang paling mujarab dari seluruh musibah dan cubaan adalah ucapan : Inna lillahi wa Innalaihi Rajiun.

Ertinya, kita semua adalah milik Allah, kita dalah makhlukNya, kita berada dalam kekuasaanNya dan kita akan kembali kepadaNya. DariNya kita hidup dan kepadaNya kita akan kembali. Semua perkara Dia yang mengaturkan dan kita tidak mampu melakukan apa pun yang menjadi urusanNya.

Jiwaku yang tadinya memiliki banyak hal
sekarang telah lenyap.
Mengapa aku harus menangisi sesuatu
yang telah pergi
(Petikan dari La-Tahzan)


... dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan 'Inna lillahi wa Innalaihi Rajiun (sungguh kami adalah milik Allah dan kepada Nya kami akan kembali)
Al-Baqarah : 155-156)

Al-Fatihah~